PETA KAMPUNG BENDANG RAJA

Selasa, 16 Oktober 2012

GAMBAR POS KAWALAN KAMPUNG BENDANG RAJA

     TERDAPAT 4 POS KAWALAN SRS DI PINTU MASUK KAMPUNG BENDANG RAJA,IAITU:-
                                                         PONDOK POS KAWALAN 01



                1)   POS 01 TERLETAK DI SIMPANG 3 DI PINTU MASUK KAMPUNG,DI SEBELAH KIRI MENGHUBUNGKAN KAMPUNG BANGGOL,SIMPANG PERUPOK,BUKIT BERANGAN DAN LALUAN KE PEKAN KUBUR PANJANG DAN SETERUSNYA KE PEKAN PENDANG.DI SAMPING ITU JUGA SIMPANG DI SEBELAH KANAN KE KAMPUNG  KUBANG LERET DAN SETERUSNYA PEKAN POKOK SENA.PERONDA SRS DIWAJIBKAN MENJAGA DAN MEMANTAU KERETA YANG MEMASUKI KAMPUNG AGAR TIDAK ADA KEJADIAN YANG TIDAK DI INGINI BERLAKU.
                                                   PONDOK POS KAWALAN 02


           2)POS 02 TERLETAK DI BAHAGIAN UTARA HUJUNG KAMPUNG,MENGHUBUNGKAN PINTU MASUK DI SEBELAH KANAN SIMPANG DARI KAMPUNG CINA DAN  DARI PADANG DURIAN,SERTA SETERUSNYA KE FELDA SUNGAI TIANG.DI SIMPANG SEBELAH KIRI SIMPANG JALAN MENGHALA KE NAKA DAN SETERUSNYA KE KUALA NERANG.


                                                              POS KAWALAN 03                                                 

   3) POS 03 ADALAH POS DALAM KAMPUNG DI BELAKANG MASJID DAN JALAN YANG MENGHUBUNGKAN KE KEBUN MILIK PENDUDUKKAMPUNG BENDANG RAJA.JALAN INI JUGA BOLEH KE KAMPUNG KAYU BANGUN.

                                                   POS KAWALAN 04
     
               4)POS 04 BERADA DI KAMPUNG TANJUNG JALAN KE KAMPUNG BENDANG BARU.DI BELAKANG POS INI TERDAPAT SEBATANG SUNGAI YANG MEMISAHKAN SEMPADAN DAERAH POKOK SENA DENGAN DAERAH PENDANG.IA MENJADI JALAN PENDUDUK KE SAWAH DAN KEBUN GETAH SERTA JALAN PINTAS KE KAMPUNG WATT LAMPAM.

KESEMUA POS INI AKAN TEMPATKAN  SEKURANG-KURANGNYA 4 ORANG ANGGOTA PERONDA SRS UNTUK MENGELAKKAN BERLAKU KEJADIAN PECAH RUMAH,KECURIAN SERERAP,BAJA PADI,DAN PENGEDARAN DADAH SERTA KEHILANGAN MOTOSIKAL.SEJAK SKIM RONDAAN INI DI TUBUHKAN,KINI KAMPUNG INI TIDAK LAGI ADA KEGIATAN PECAH RUMAH,KECURIAN MOTOR BERLAKU.PENDUDUK KINI BERASA LEGA DAN KESELAMATAN TERJAMIN SEJAK SKIM INI DI TUBUHKAN SEBELUM INI BERLAKU KEJADIAN JENAYAH  DALAM 1 MALAM YANG  MELIBATKAN KEHILANGAN 3 BUAH MOTOSIKAL.KOMITMEN YANG DIBERIKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG INI SANGAT BAIK.JADUAL RONDAAN MELIBATKAN SERAMAI 20 ORANG PENDUDUK PADA SETIAP MALAM,DIBAHAGIKAN 7 KUMPULAN.



pondok pos 2 terbakar akibat perbuatan kianat daripada pihak tidak bertanggungjawab.

pondok pos 2 terbakar akibat perbuatan kianat daripada pihak tidak  bertanggungjawab.
pondok pos 2 (bawah pokok sena)terbakar akibat daripada perbuatan kianat pihak yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan kerosakan lantai pondok.kebakaran ini diselamatkan oleh Cikgu Mat Bin Man dan beberapa penduduk kampung yang kebetulan lalu di kawasan tersebut untuk ke kebun...kini telah ditukar dengan lantai playwood.

Persediaan Menyambut Hari Raya Aidilfitri




SUASANA SAMBUTAN HARI RAYA DI KAMPUNG BENDANG RAJA KUBUR PANJANG BERTAMBAH   MERIAH  DENGAN PEMASANGAN PELITA RAYA DI SEPANJANG  KAMPUNG,SEBANYAK 500 UNIT PELITA MENGHIASI SEPANJANG JALAN UTAMA DARI POS 1 RONDAAN SRS HINGGA KE POS 2 SEPANJANG LEBIH 1 KM.PEMUAFAKATAN DARI ANAK MUDA DAN PENDUDUK KAMPUNG SERTA PENGUTIPAN DANA DARI RUMAH KE RUMAH UNTUK MEMBELI MINYAK PELITA PROGRAM INI BERJAYA MEMUPUK PERPADUAN DIANTARA PELITA TERSEBUT HASIL SUMBANGAN DARI PADA PAKSU [WAN ADDAS] SEBAGAI KETUA PENYELARAS ANAK-ANAK MUDA KAMPUNG.KAMI BERASA BANGGA KERANA PROGRAM INI TELAH MENDAPAT LIPUTAN MEDIA TV3 DAN DI TAYANGKAN PADA MALAM RAYA BARU-BARU INI MELALUI BERITA BULETIN UTAMA PADA 18 OGOS.DI SINI SAYA MEMAPARKAN VIDEO TERSEBUT BERSAMA BEBERAPA KEPING GAMBAR AKTIVITI TERSEBUT

Kebakaran Stor Penyimpanan Barang Penduduk Kampung





PADA 30 OGOS PADA PUKUL 12.00 MALAM TELAH BERLAKU KEBAKARAN SEBUAH STOR PENYIMPANAN BARANG MILIK ENCIK ZAILANI BIN MAT LAZIM.DALAM KEBAKARAN ITU MENYEBABKAN BELIAU KERUGIAN HAMPIR RM 5000.BARANG KELENGKAPAN MEMASAK SEPARTI DAPUR GAS,STALL BERGER MILIK ANAK SAUDARA NYA MUSNAH SAMA SEKALI,KEBAKARAN INI BERJAYA DI PADAMKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG DAN DI BANTU OLEH BEBERAPA ORANG PERONDA SRS KAMPUNG BENDANG RAJA YANG KEBETULAN MELAKUKAN RONDAAN DI KAWASAN TERSEBUT.BAGAIMANA PUN STOR TERSEBUT TIDAK DAPAT DI SELAMATKAN DI SEBABKAN AIR  SUMBER TERHAD SERTA TEKANAN AIR RENDAH.5 JENTERA BOMBA SUKARELA DARI PEKAN KUBUR PANJANG DI BANTU OLEH ANGGOTA BOMBA PENDANG ,POKOK SENA ,PADANG TERAP JUGA DATANG UNTUK MENYELAMATKAN KEBAKARAN TERSEBUT,TETAPI KEBAKARAN TELAH BERJAYA DI PADAMKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG.DI SINI SAYA LAMPIRKAN BEBERAPA KEPING GAMBAR KEBAKARAN TERSEBUT....

DAN KINI TELAH DI BINA SEMULA

stor yang terlibat dalam kebakaran telah dibina semula

stor yang terlibat dalam kebakaran telah dibina semula
stor yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini telah di bina semula dengan hasil gotong-royong para pemuda kampung bendang raja.....kini stor lebih besar dan selamat beratap zink

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampung Bendang Raja





PADA 24HB OGOS 2012  KRT/SRS KAMPUNG BENDANG RAJA TELAH MENGADAKAN RUMAH TERBUKA RAYA AIDILFITRI YANG DIADAKAN DI TAPAK CADANGAN STESEN MINYAK,ANTARA TETAMU VVIP JEMPUTAN IALAH DATO,SURAYA BINTI YAAKOB MERANGKAP ADUN SG TIANG YANG SUDI BERSAMA-SAMA MEMRIAHKAN SUASANA HARI RAYA WALAUPUN HUJAN MELANDA SEJAK PETANG HINGGA KE MALAM,BELIAU MASIH SANGGUP TURUN SERTA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG.ANTARA MENU YANG TERDAPAT PADA HARI TERSEBUT IALAH HIDANGAN WAJIB KETUPAT DAN LEMANG SERTA RENDANG AYAM,LAKSA KEDAH,NASI BERLAUKKAN DAGING YANG DI SEMBELIH HASIL KUTIPAN DARI PESERTA KRT/SRS DAN JUGA DARI SUMBANGAN PENDUDUK KAMPUNG BENDANG RAJA.SAMBUTAN PADA MALAM TERSEBUT SANGATLAH MERIAH,DENGAN DITERANGI OLEH LAMPU PELITA YANG DIPASANG HAMPIR 1 KM DI DERETAN JALAN UTAMA KAMPUNG,JUGA DITERANGI LAMPU KELIP-KELIP SERTA BUNYI LETUPAN BUNGA API.SEBANYAK 6 BUAH KHEMAH DIPENUHI DANGAN TETAMU JEMPUTAN DARI KAMPUNG BENDANG RAJA SENDIRI DAN JUGA JEMPUTAN DARI PENDUDUK KAMPUNG BERHAMPIRAN.SEMUA MENU MASAKAN DI SEDIAKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG SECARA BERGOTONG ROYANG,JELAS TAMPAK CERIA PENDUDUK KAMPUNG INI DALAM MEMBUAT PERSEDIAAN MASAKAN WALAUPUN KADANGKALA HUJAN RENYAI-RENYAI MENJADI LEBAT,INI TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT MEREKA DIKALA PENYEDIAAN MAKANAN YANG DIRANCANG PADA MESYUARAT AJK KRT/SRS PADA 18 OGOS DENGAN PEMBERIAN TUGAS KEPADA YANGLAYAK SERTA  BERKEBOLEHAN DALAM PENYEDIAAN MENU ATAU PERALATAN.KAMI BERASA BANGGA DENGAN PEMUAFAKATAN YANG MASIH TERJALIN WALAU SEKARANG ZAMAN SUDAH BANYAK BERUBAH DAN KADANG KALA SUDAH BANYAK TEMPAT BUDAYA INI SUDAH HILANG DI TELAN ZAMAN....