PETA KAMPUNG BENDANG RAJA

Selasa, 16 Oktober 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kampung Bendang Raja





PADA 24HB OGOS 2012  KRT/SRS KAMPUNG BENDANG RAJA TELAH MENGADAKAN RUMAH TERBUKA RAYA AIDILFITRI YANG DIADAKAN DI TAPAK CADANGAN STESEN MINYAK,ANTARA TETAMU VVIP JEMPUTAN IALAH DATO,SURAYA BINTI YAAKOB MERANGKAP ADUN SG TIANG YANG SUDI BERSAMA-SAMA MEMRIAHKAN SUASANA HARI RAYA WALAUPUN HUJAN MELANDA SEJAK PETANG HINGGA KE MALAM,BELIAU MASIH SANGGUP TURUN SERTA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG.ANTARA MENU YANG TERDAPAT PADA HARI TERSEBUT IALAH HIDANGAN WAJIB KETUPAT DAN LEMANG SERTA RENDANG AYAM,LAKSA KEDAH,NASI BERLAUKKAN DAGING YANG DI SEMBELIH HASIL KUTIPAN DARI PESERTA KRT/SRS DAN JUGA DARI SUMBANGAN PENDUDUK KAMPUNG BENDANG RAJA.SAMBUTAN PADA MALAM TERSEBUT SANGATLAH MERIAH,DENGAN DITERANGI OLEH LAMPU PELITA YANG DIPASANG HAMPIR 1 KM DI DERETAN JALAN UTAMA KAMPUNG,JUGA DITERANGI LAMPU KELIP-KELIP SERTA BUNYI LETUPAN BUNGA API.SEBANYAK 6 BUAH KHEMAH DIPENUHI DANGAN TETAMU JEMPUTAN DARI KAMPUNG BENDANG RAJA SENDIRI DAN JUGA JEMPUTAN DARI PENDUDUK KAMPUNG BERHAMPIRAN.SEMUA MENU MASAKAN DI SEDIAKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG SECARA BERGOTONG ROYANG,JELAS TAMPAK CERIA PENDUDUK KAMPUNG INI DALAM MEMBUAT PERSEDIAAN MASAKAN WALAUPUN KADANGKALA HUJAN RENYAI-RENYAI MENJADI LEBAT,INI TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT MEREKA DIKALA PENYEDIAAN MAKANAN YANG DIRANCANG PADA MESYUARAT AJK KRT/SRS PADA 18 OGOS DENGAN PEMBERIAN TUGAS KEPADA YANGLAYAK SERTA  BERKEBOLEHAN DALAM PENYEDIAAN MENU ATAU PERALATAN.KAMI BERASA BANGGA DENGAN PEMUAFAKATAN YANG MASIH TERJALIN WALAU SEKARANG ZAMAN SUDAH BANYAK BERUBAH DAN KADANG KALA SUDAH BANYAK TEMPAT BUDAYA INI SUDAH HILANG DI TELAN ZAMAN....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan