GAMBAR POS KAWALAN KAMPUNG BENDANG RAJA
PONDOK POS KAWALAN 01
1) POS 01 TERLETAK DI SIMPANG 3 DI PINTU MASUK KAMPUNG,DI SEBELAH KIRI MENGHUBUNGKAN KAMPUNG BANGGOL,SIMPANG PERUPOK,BUKIT BERANGAN DAN LALUAN KE PEKAN KUBUR PANJANG DAN SETERUSNYA KE PEKAN PENDANG.DI SAMPING ITU JUGA SIMPANG DI SEBELAH KANAN KE KAMPUNG KUBANG LERET DAN SETERUSNYA PEKAN POKOK SENA.PERONDA SRS DIWAJIBKAN MENJAGA DAN MEMANTAU KERETA YANG MEMASUKI KAMPUNG AGAR TIDAK ADA KEJADIAN YANG TIDAK DI INGINI BERLAKU.
PONDOK POS KAWALAN 02
3) POS 03 ADALAH POS DALAM KAMPUNG DI BELAKANG MASJID DAN JALAN YANG MENGHUBUNGKAN KE KEBUN MILIK PENDUDUKKAMPUNG BENDANG RAJA.JALAN INI JUGA BOLEH KE KAMPUNG KAYU BANGUN.
POS KAWALAN 04
4)POS 04 BERADA DI KAMPUNG TANJUNG JALAN KE KAMPUNG BENDANG BARU.DI BELAKANG POS INI TERDAPAT SEBATANG SUNGAI YANG MEMISAHKAN SEMPADAN DAERAH POKOK SENA DENGAN DAERAH PENDANG.IA MENJADI JALAN PENDUDUK KE SAWAH DAN KEBUN GETAH SERTA JALAN PINTAS KE KAMPUNG WATT LAMPAM.
KESEMUA POS INI AKAN TEMPATKAN SEKURANG-KURANGNYA 4 ORANG ANGGOTA PERONDA SRS UNTUK MENGELAKKAN BERLAKU KEJADIAN PECAH RUMAH,KECURIAN SERERAP,BAJA PADI,DAN PENGEDARAN DADAH SERTA KEHILANGAN MOTOSIKAL.SEJAK SKIM RONDAAN INI DI TUBUHKAN,KINI KAMPUNG INI TIDAK LAGI ADA KEGIATAN PECAH RUMAH,KECURIAN MOTOR BERLAKU.PENDUDUK KINI BERASA LEGA DAN KESELAMATAN TERJAMIN SEJAK SKIM INI DI TUBUHKAN SEBELUM INI BERLAKU KEJADIAN JENAYAH DALAM 1 MALAM YANG MELIBATKAN KEHILANGAN 3 BUAH MOTOSIKAL.KOMITMEN YANG DIBERIKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG INI SANGAT BAIK.JADUAL RONDAAN MELIBATKAN SERAMAI 20 ORANG PENDUDUK PADA SETIAP MALAM,DIBAHAGIKAN 7 KUMPULAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan